Holla ! mungkin sesetengah orang tertanya apabila melewati blog saya tertanya mengapa Thean Hou Temple ini menjadi pilihan saya buat tugasan bagi subjek heritage design. Tidak perlu dipersoalkan lagi mengapa apabila anda melihat gambar-gambar yang saya sediakan dalam penulisan kali ini. Antara alasan yang kukuh untuk saya memilih kuil ini adalah seni ukir yang dikekalkan dari warisan terdahulu yang terdapat di dalam dan luar kuil ini.
Sejarah Thean Hou Temple

Perubahan sekali lagi terjadi, bangunan batu yang kita lihat hari ini adalah kerja-kerja tukang yang di bawa dari Tanah Besar China yang bekerja untuk merombak kuil ini pada tahun 1995, sempena ulangtahun siapnya kuil tersebut.
Walaupun bahagian luarnya telah diubahsuai dengan ukiran pada dinding batu pada tahun sekitar 1994 hingga 1995, bahagian tiang dan rasuk terdapat banyak peninggalan sejarah dan ukiran kaligrafi yang menggingatkan pengunjung terutama masyarakat berbangsa cina untuk kembali kepada Dinasti Ching di China.
Penutup
Saya memilih The Hainan Temple kerana seni ukiran yang mana terdapat sesetengahnya adalah ukiran asli awal binaan dan ada juga yang diubahsuai sedikit. Selain itu, terdapat juga hiasan yang dihias dengan perhiasan tradisional di dalam kuil tersebut.
Jadi apa yang telah saya pelajari daripada kuil ini? saya belajar walaupun kita ingin menambahbaik sesuatu yang telah diperbuat terdahulu terutamanya barangan bersejarah, kita perlulah mengekalkan identiti asalnya. Hal ini supaya kita dapat mengekalkannya buat generasi yang akan mendatang untuk mereka lihat dan pelajari. Sekian, terima kasih.
Saya bersama pasangan kerja lapangan saya, Wuwu Yeow.